CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Ar3Tiq'S Pag3

Sabtu, 24 Disember 2011

NAsihat Orang?? Ade Carenye.. Berpada-pada lar sikit..

 Hari ni, aq nak share ngn korang semua selepas agak lar beberapa bulan tak menulis blog sendiri, satas sebab2 tertentu.. Today's topic is about how u advice sumone wid a proper way.. Meh sini aq nak tanye korang as an example, korang nak tegur sumthing perkare yg bakal men'sensitfkan' feeling sumone, patot ke ko ckp mcm ne "korang tau kan pakai tudung x ikut syarak or rules yg ditetapkn, kalau korg x ikot  lebih baik korang x pakai tudung??" if korg ckp mcm tu kat aq, mmg la korg nk kne ''smash'' bnda yg lagi trok dr tu... agak2 la bro/sis nak tgur org.. doesn't mind lar korg pernah blaja agame setinggi mane pon, didn't you learn how to advice properly without ko nak perli2 smpi orang tu sakit hati ngan ko?? x perlu la ko nk tambah dosa + tambah enemy sendiri..
 Selalunye orang yang ''mcm'' pikir dye ''pandai'' or good enough will advice that kind of words to others.. For your information, there's a few proper way how to advice people.. Diz is da really2 proper way:

Daripada Abu Ruqaiyyah   Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: “Agama itu   adalah nasihat.” Kami berkata: “Untuk siapa?” Baginda bersabda: “Untuk   Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan   untuk umat lslam seluruhnya.”
 
  Hadis riwayat al-lmam Muslim.
  
   
  .................................................................................
 
  
 
    Di dalam hadith ke-7 dalam Kitab Hadith 40   yang telah disusun oleh Imam Nawawi ini, jelas telah   digambarkan oleh Rasulullah SAW tentang perihal   pentingnya nasihat menasihati di dalam perkara kebaikan. Nasihat juga   digambarkan besarnya seperti sebuah Agama Islam, menunjukkan bahawa   Islam ini melingkari seluruh aspek kehidupan seharian kita. 
  
  Pengertian nasihat
    
  Agama Islam adalah agama Allah, dan agama menurut   Rasulullah SAW adalah nasihat yang terbaik untuk umatnya. Dalam   Bahasa Arab, nasihat membawa maksud yang dinasihati akan mendapat faedah   daripada nasihat yang telah diberi. Ia juga membawa erti   bahawa yang menasihati hendaklah menggunakan perkataan yang terbaik dan   ikhlas bersih dari maksud yang tidak baik.
  
  Adab-adab memberi nasihat
  
    1. Meluruskan niat sebelum menasihati   seseorang supaya tidak ada yang berasa disakiti. Ikhlas menasihati   saudara semuslim semata-mata karena Allah. Seharusnya seorang yang ingin   memberikan nasihat itu perlulah bersih dari segala bentuk niat yang   terpesong kerana ia akan memberi kesan ke atas nasihat yang ingin   diberikan. Janganlah menasihati seseorang itu kerana ingin menunjukkan   kitalah orang yang benar, tetapi tegurlah kerana ingin mengajak sahabat   ke jalan yang benar.
    
    2. Menjaga ukhuwah semasa menasihati.   Diusahakan supaya menasihati saudaranya dengan tidak diketahui orang   lain. Sebahagian ulama berkata, “Barangsiapa yang menasihati   seseorang dan hanya ada mereka berdua, maka itulah nasihat yang   sebenarnya. Barangsiapa yang menasihati saudaranya di depan banyak   orang, maka yang demikian itu mencela dan mencelakan orang yang   dinasihati.”Islam mengajar umatnya supaya mempunyai   akhlak yang tinggi. Dalam hal menasihati juga terdapat perkara ini. Ini   menunjukkan bahawa Islam amat menjaga hati dan maruah orang yang   dinasihati supaya tidak berlaku perpecahan kerana perkara nasihat.
    
    3. Bersih hati semasa menasihati.   Menggunakan bahasa yang halus dan menegur hanya untuk perkara-perkara   yang salah. Kadang-kadang kita sering menggunakan perkataan yang sangat   teruk untuk meluahkan nasihat kita. Dalam ceramah-ceramah dan   kuliah-kuliah yang berbentuk menasihati, kita lebih gemar menyatakan   salah orang lain seolah-olah mereka yang melakukan perkara tersebut   sangat jahat dan sudah tiada ruang untuk bertaubat. Seharusnya selaku   seorang pendakwah, nasihat adalah senjata utama yang perlu digunakan   sebaiknya.
  
  4. Memikirkan cara yang terbaik untuk menasihati   saudara. Seboleh-bolehnya mengenali dulu saudara yang bakal   kita nasihati itu. Nasihatilah mereka dengan kasih sayang dan jadilah   sebahagian dari mereka, kerana dari situ kita akan tahu apa puncanya   mereka begitu.
  
  5. Memberi waktu dan kesempatan kepada   saudara yang dinasihati untuk mengubah sifat buruk/ kesalahan yang   dilakukannya. Manusia perlukan masa untuk berubah, jangan memaksa mereka   untuk berubah mendadak, ia bukan dalam lingkungan tugas seorang   pendakwah. Dalam berdakwah perlu akan sifat sabar dan berserah kepada   Allah. Jadilah orang yang sentiasa mengharap pertolongan Allah dan   jangan mudah putus asa di atas nasihat yang diberikan kerana itu mungkin   ujian yang telah ditentukan oleh Allah untuk menguji kesabaran. 

Bace x??x semestinye ko nasihat orang tu ko expect dye berubah dats particular time gak.. give them sum times n don't judge the book by its cover..Aq perhati je, in my opinion perempuan mmg slalu kne ''smash'' ngn lelaki pasal aurat n care pemakaian tudung.. Kalau kite sebagai perempuan act as lelaki, dye ckp x sopan n ngutuk memcm.. klow pakai tug=dung x btol or salah pemakaiannya, on the spot perli2 dye that tyme gark.. Wahai Lelaki, altough ko dinyatakan dalam Al-quran yang ko ni seorang pemimpin, x perlu ko nk act mcm tu dpan org ramai.. NAk tgur org ade batasnye.. There's one advice from me to you, ''Sekali ko mengaibkan orang yang ko tgur itu di depan khalayak ramai, sesunnguhnya Allah S.W.t akan membuka aibmu di alam barzakh nanti''. And ade lar sesetengah Wanita or permpuan yang x reti2 nasihat orang baik2 ckit.. Sentiasa perli memerli each other sampai bagi orang tu sakit hati ngn ko..  Tolong lar... Slalunye Advicer ni mesty lagi better attitude dye dri kite yg nak ''diadvicekn''.

Cermin dulu diri tu sebelum nak menasihatkan orang.. Kat sini aq x berniat nak cakap kite tak boleh nak menasihatkan orang or nak condemned mane2 kaum, either lelaki or wanita.. All is same.. Aq just bagi suggestion care nak advice orang sebab baru-baru ni aq terkena ngan beberape orang kaum adam yang x reti bahase nak tegur orang secara baik-baik... So, I hope U all change how u advice others... 

0 pemberi nasihat:

Catat Ulasan